It's me stuffs Peeps(s) home

  




La Lullaby ^^
[close]
hidayah
Saturday, January 5, 2013 | 0 comments


Aku suka tengok Diana Amir & Yatt sekarang. Mereka dah bertudung & alhamdulillah dapat hidayah daripada Allah. Ibarat bayi yang baru lahir. Mereka sempat bertaubat, sebelum terlambat.
Tuhan bagi mereka petunjuk & dugaan , tanda Tuhan sayangkan mereka.Supaya mereka kembali kepadaNya.

I have the same story. Bukan aku & mereka berdua sahaja yang mengalaminya :)

Dulu Tuhan turunkan dugaan bertubi-tubi tapi aku tetap sombong denganNya.
Tahun 2011, aku berhijrah. Bukan sahaja berhijrah tempat belajar, tapi aku berhijrah sepenuhnya. Aku dapat sahabat baru.Cikgu baru. Ustaz baru. Surau baru & jadi hostelizer.Dapat pula adik dorm yang manja & banyak cakap. Jiwa aku sangat tenang berada di hostel. Aku rasa terhibur. Aku rasa sayang sangat dekat sahabat-sahabatku dan hampir setiap hari aku bermanja,bemesra dengan mereka. Aku berubah menjadi seorang yang penyayang, lembut hati, sentiasa tersenyum, tak ego macam dulu.

Aku suka mendengar masalah adik2 dorm aku. Sesungguhnya apa yang terluah menyedarkan aku. Ada lagi orang yang tidak bernasib baik selain aku.Mereka menghiburkan hati aku. Adakala mereka buat air mataku jatuh.

Sebelum aku dapat semua nikmat ni, theres one event on 2011 yang menyebabkan aku rasa sedih yang teramat sangat. Amat perit untuk ditanggung. Sampai sekarang masih terasa kesakitannya. Aku memberontak, menangis , berkabung hampir sebulan. Aku marah semua orang yang aku kenal sebab tak memahami aku. Tak memahami apa yang berlaku. Aku hampir lari jauh daripada rumah. Tapi atas nasihat yang diberikan oleh sahabat-sahabatku, aku ubah fikiran. Baju-baju dalam beg aku lipat kemas kembali dalam almari.

|